BIODATA NIK NUR MADIHAH
NIK NUR MADIHAH BINTI NIK MOHD KAMAL adalah anak kelahiran Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan pada 25 September 1991 di Hospital Besar Kota Bharu. Anak kepada padangan Nik Mohd Kamal bin Husin dan Mariani binti Omar ini adalah pelajar yang konsisten dengan kecemerlangan. Beliau telah mendapat 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 10A dalam Penilaian Menengah Rendah Agama (PMRU), 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), 10A1 dalam Sijil Menengah Agama (SMU), dan 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau pernah dinobatkan dengan 3 kecemerlangan pendidikan iaitu Pelajar Terbaik PMR Peringkat Kebangsaan, Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan dan Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah alumni Sekolah Kebangsaan Parang Puting dan Maahad Muhammadi (P) , Kota Bharu.
Anak sulung daripada 4 beradik ini bercita-cita untuk menjai ahli Fizik Ialam. Hobinya adalah membaca novel dan buku sejarah Islam. Beliau juga boleh menguasai 3 bahasa (Melayu, Arab dan Inggeris) dengan baik dan menjadikan motto 'HABLU MINALLAH HABLU MINANNAS' sebagai landas hidupnya.
No comments:
Post a Comment