Sunday, 12 August 2012

Selepas diumumkan keputusan.....


Kehidupan mereka berubah serta-merta. Boleh dikatakan setiap hari ada wartawan yang menelefon ayahnya untuk menemubual keluarganya. Antara yang mengunjungi rumahnya ialah Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain itu, dia juga dijemput untuk untuk memberi ceramah di beberapa buah sekolah. Dia juga bebas untuk memilih tempat untuk melanjutkan pelajarannya. Keluarganya juga telah ditaja oleh kumpulan HIJJAZ untuk menunaikan umrah. Kerajaan Negeri Kelantan telah menghadiahkan sebuah rumah kepada keluarganya kerana telah mengharumkan nama negeri....



Peribadi Nik Nur Madihah :


       Nik Nur Madihah menjaga hubungannya dengan Allah. Dia menunaikan solat fardhu di awal waktu. Selain mengerjakan amalan wajib, dia juga melakukan amalan sunat. Dia melakukan Qiyamulail iaitu menunaikan Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Witir dan  Solat Istikharah setiap malam. Dia juga mengamalkan Solat Dhuha setiap pagi. Dia juga akan berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis. Sejak tingkatan 1, Nik Nur Madihah istiqamah memakai tudung labuh dan baju kurung. Ibunya
pernah terdengar doanya selepas dia menuanaikan solat:

"Ya Allah, aku ingin berjaya bukanlah kerana aku ingin takbur kepadaMu, tetapi aku ingin membuktikan kebesaranMu bahawa Kau selalu bersama orang yang berusaha, bersabar dan bertawakal. Ya Allah, jika bukan Kau yang memberikan keluargaku ketabahan selama ini, kami akan jauh dariMu. Dalam kemiskinan diniawi Kau telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang, ketenanagan dan keharmonian. Tamaknya aku Ya Allah, kerana terus memohon padaMu supaya kau kekal memberikan kami nikmat. Aku ingin membahagiakan ibubapa, guru-guru, teman-teman dan umat Islam atas kejayaanku. Ya Allah, perkenankanlah hajatku... "

CARA BELAJAR NIK NUR MADIHAH....

  1. Menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
  2. Bertanyakan soalan kepada guru sehingga faham
  3. Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan saling bantu membantu.
  4. Memperuntukkan waktu ulangkaji yang efisyen.

Selain itu, merupakan satu kewajipan baginya sebelum membuat latihan atau mengulangkaji pelajaran dia akan membaca :

  • kalimah isti'adzah
  • kalimah bismillah 
  • surah Al Fatihah
  • doa penerang hati
  • Ayat Kursi
  • ayat 1000 dinar
                       
     Dia juga berpegang dengan kata-kata ayahnya :


"Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Itu adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik. Kalau cerdik, insyaAllah kerja akan datang sendiri pada kita."


                           
                       
                   


Saturday, 11 August 2012

Kehidupan Nik Nur Madihah.....


  • TEMPAT BERTEDUH....




Walaupun rumah yang disewa RM90 sebulan ini uzur, itulah dunia yang telah mencorakkan sifat tawakal dan redha dalam diri Nik Nur Madihah adik beradik. Kata ayahnya :

" Walaupun kita miskin, kita tidak sampai melarat, masih boleh mencicip makanan. Orang lain, ada yang tidak mempunyai tempat tinggal langsung. Maka anak-anak patut bersyukur ! "



  • 50 SEN PEMBERIAN UMMI...


Semasa bersekolah rendah, Nik Nur Madihah berhati-hati menggunakan wang belanja 50 sen pemberian ibunya ke sekolah. Wang tersebut tidak dibelanjakan semuanya pada waktu rehat. Ada lebihan walaupun 10 sen, akan dimasukkannya ke dalam tabung. Oleh itu, Nik Nur Madihah berpuasa sunat. Katanya, selain dapat menyimpan wang belanja, dia juga tidak perlu beratur panjang di kantin. Masa yang ada digunakannya untuk membaca buku atau menyelesaikan masalah yang tidak ditemui jawapan semasa gurunya mengajar. Katanya lagi, alangkah seronoknya dapat duduk lama-lama dalam perpustakaan dan mengenyangkan perut dengan membaca buku.



BIODATA NIK NUR MADIHAH




NIK NUR MADIHAH BINTI NIK MOHD KAMAL adalah anak kelahiran Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan pada 25 September 1991 di Hospital Besar Kota Bharu. Anak kepada  padangan Nik Mohd Kamal bin Husin dan Mariani binti Omar ini adalah pelajar yang konsisten dengan kecemerlangan. Beliau telah mendapat 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 10A dalam Penilaian Menengah Rendah Agama (PMRU), 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), 10A1 dalam Sijil Menengah Agama (SMU), dan 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

            Beliau pernah dinobatkan dengan 3 kecemerlangan pendidikan iaitu Pelajar Terbaik PMR Peringkat Kebangsaan, Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan dan Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah alumni Sekolah Kebangsaan Parang Puting dan Maahad Muhammadi (P) , Kota Bharu.

       Anak sulung daripada 4 beradik ini bercita-cita untuk menjai ahli Fizik Ialam. Hobinya adalah membaca novel dan buku sejarah Islam. Beliau juga boleh menguasai 3 bahasa (Melayu, Arab dan Inggeris) dengan baik dan menjadikan motto 'HABLU MINALLAH HABLU MINANNAS'  sebagai landas hidupnya.
NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL...


Pelajar SPM Terbaik Malaysia 2008.


"Orang-orang Miskin Disayangi Allah Dan Rasulullah S.A.W. Janganlah Anda Mengalah Wahai Teman ! Kemiskinan Bukanlah Satu Halangan Mengucup Kejayaan Dunia Akhirat"

                                                                        -Nik Nur Madihah-